DETIK-DETIK BERSEJARAH BOLA SEPAK
Monday, 14 December 2015
BADDROL BAKHTIAR
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Tarikh lahir | 1 Februari 1988 (27 tahun) | ||
Tempat lahir | Sabah, Malaysia | ||
Tinggi | 1.77 m (5 ka 10 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Nombor | 7 | ||
Kerjaya remaja | |||
2005–2006 | Kedah FA Piala Presiden | ||
Kerjaya senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmncln† | (Gol)† |
2006– | ![]() | 160 | (76) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2005–2007 | ![]() | 12 | (12) |
2008– | ![]() | 21 | (8) |
2009– | ![]() | 26 | (6) |
Anugerah[tunjuk]
| |||
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga July 23, 2014.
† Kemunculan (Gol).
‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga July 23, 2014 |
PENGLIBATAN AWAL BELIAU
Baddrol mula mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden. Dia kemudian diserapkan ke skuad Sukan Malaysia Kedah pada 2006. Sepanjang berlangsungnya Sukan Malaysia, Baddrol sering berada dalam kesebelasan utama.
PEMAIN KEDAH
Baddrol diserapkan ke skuad utama Kedah pada musim 2006/07 dan bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama dengan K. Soley di bahagian sayap kanan atau dengan Mohd Khyril Muhymeen Zambri di bahagian sayap kiri.
KEDAH FA
Persatuan Bola Sepak Kedah (English: Kedah Football Association) merupakan wakil negeri Kedah dalam pertandingan bola sepak di Malaysia. Stadium pasukan ini ialah Stadium Darul Aman di Alor Star. Kedah merupakan juara bertahan divisyen teratas Liga Malaysia dan Liga Super Malaysia. Kedah juga merupakan juara bertahan Piala Malaysia dan Piala FA.
Kedah telah memenangi kejohanan liga tiga kali (1993, 2007 & 2008), Piala Malaysia empat kali (1990, 1993, 2007 & 2008) dan Piala FA tiga kali (1996, 2007 & 2008). Pencapaian Kedah menjadi johan tiga piala dua musim berturut-turut menjadikan Kedah selaku pasukan pertama Malaysia yang berjaya berbuat demikian.
PENCAPAIAN
Kejuaraan | Juara | Naib Juara |
---|---|---|
Liga Juara-Juara AFC | 1994 (Pusingan Pertama) | |
Piala AFC | 2008 (Suku Akhir) | |
Piala Malaysia (4x) | 1990, 1993, 2007, 2008 | 1940, 1987, 1988, 1989, 1992, 2004,2015 |
Divisyen 1/Perdana 1/Liga 1 (3x) | 1993, 2007, 2008 | 1994, 1996, 1997, 2003 |
Divisyen 2/Perdana 2/Liga Perdana (3x) | 1992, 2002, 2006 | 2005 (Kumpulan A) |
Piala FA Malaysia (3x) | 1996, 2007,2008 | 2010 |
Piala Sultan Ahmad Shah (2x) | 1991, 1994 | 1997, 2008, 2009 |
K RAJAGOPAL
Nama penuh | Rajagopal a/l Krishnasamy | ||
---|---|---|---|
Tarikh lahir | Julai 10, 1956 (age 59) | ||
Tempat lahir | Selangor, Malaysia | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Kerjaya remaja | |||
PKNS FC | |||
Kerjaya senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmncln† | (Gol)† |
1978–1980 | Selangor FA | 22 | (10) |
1981–1989 | Sabah FA | 66 | (17) |
Pasukan kebangsaan | |||
1980–1982 | ![]() | 20 | |
Pasukan diurus | |||
1990–1998 | PKNS FC | ||
1999–2000 | Selangor FA | ||
2001–2002 | Kelantan FA | ||
2004–2006 | Malaysia B-20 | ||
2007–2009 | Harimau Muda A | ||
2009–2011 | Malaysia B-23 | ||
2009–2013 | Malaysia |
KEJAYAAN BELIAU BERSAMA PASUKAN KEBANGSAAN
Datuk Rajagopal a/l Krishnasamy adalah bekas ketua jurulatih pasukan bola sepak bawah 23 tahun kebangsaan Malaysia dan pasukan utama Malaysia. Rajagopal merupakan bekas pemain kebangsaan Malaysia pada era 80-an dan pernah melatih pasukan remaja Malaysia selain Selangor dan Kelantan.[1]
Rajagopal dilantik selaku jurulatih pasukan bawah 23 Malaysia pada 11 April 2009.[2] Sembilan hari selepas dilantik sebagai jurulatih bawah 23 tahun kebangsaan, Rajagopal dilantik sebagai jurulatih pasukan utama kebangsaan menggantikan B. Sathianathan yang dipecat pada awal Februari.[3]
Pada Sukan Asia Tenggara 2009 di Vientiane, Laos, beliau berjaya membawa pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia mendapatkan kembali pingat emas selepas kemarau selama 20 tahun.
Rekod
Pasukan | Peringkat |
---|---|
Selangor | Liga Malaysia |
Liga Perdana I | |
2000 - Juara | |
Malaysia B-20 | Asia |
Kejohanan Belia Asia | |
2004 - Suku Akhir | |
2006 - Pusingan 1 | |
ASEAN | |
Kejohanan Remaja ASEAN | |
2005 - Naib Juara | |
2006 - Naib Juara | |
2007 - Naib Juara | |
Kejohanan Luar | |
Piala Lion City 2005 - Juara | |
Harimau Muda | |
Kejohanan Luar | |
Kejohanan Jemputan Antarabangsa Lunar 2009 - Juara | |
Malaysia B-23 | ASEAN |
Sukan SEA ke-25 | |
2009 - Juara |
R ARUMUGAM
R. Arumugam (31 Januari 1953 - 18 Disember 1988) merupakan seorang pemain bola sepak legenda yang berasal dari Selangor. Beliau juga dikenali sebagai "Spiderman" kerana tangannya yang panjang dan kebolehannya menangkap cantik percubaan-percubaan pasukan lawan. Beliau telah dilahirkan pada 31 Januari 1953 di Pelabuhan Klang. Beliau telah memulakan kerjaya bola sepaknya daripada umur yang sangat muda. Beliau memulakan penampilannya dengan pasukan Selangor FA apabila berusia 18 tahun di dalam pertandingan Piala Remaja Burnley dalam tahun 1971. Beliau mewakili Selangor FA dalam pertandingan Piala Malaysia dari tahun 1972 hingga 1988, satu tempoh di mana Selangor FA telah memenangi Piala Malaysia sebanyak lapan kali.
KEJAYAAN BELIAU BERSAMA PASUKAN KEBANGSAAN
R. Arumugam telah mendapat panggilan daripada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dalam tahun 1973 pada pusingan kelayakan Piala Dunia di Seoul, Korea Selatan. Semasa zamannya bersama pasukan kebangsaan, beliau telah menolong Malaysia memenangi Pestabola Merdeka pada tahun 1973, 1974, 1976, dan 1979. Beliau juga mewakili Malaysia dalam tahun-tahun 1973, 1975, 1977, 1979, 1981, 1983 dan 1985 di dalam Sukan SEA. Kejayaan terbesar beliau dengan pasukan kebangsaan adalah pingat gangsa bagi Sukan Asia 1974 di Teheran, Iran. Beliau juga telah menolong Malaysia melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow 1980 tetapi Malaysia telah membuat keputusan untuk memboikot sukan Olimpik berkenaan. R. Arumugam telah mendapat 196 kaps (bukan semua perlawanan antarabangsa bersifat kelas A) bagi Malaysia semasa zamannya bersama pasukan kebangsaan semenjak 1973 apabila beliau bersara daripada arena antarabangsa pada tahun 1986. Sasaran asalnya adalah untuk mendapat 200 kaps.
R.Arumugam telah memberikan sumbangan lebih besar daripada hanya bermain bola sepak. Dalam tahun 1983, beliau telah menubuhkan kelabnya sendiri, Starbrite SC, sebagai sebahagian daripada sumbangan peribadi kepada remaja-remaja di kawasan perumahannya.
Beliau telah terbunuh di dalam satu perlanggaran kereta di Lebuhraya Persekutuan berdekatan Petaling Jaya pada 18 Disember 1988. Beliau telah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak perempuan.
Sebagai pengiktirafan khidmatnya kepada negeri dan negara, Persatuan Bola Sepak Selangor dan Public Bank di mana Arumugam bekerja telah memulakan satu dana di atas nama R. Arumugam pada 5 Januari, 1989.
Sunday, 13 December 2015
ALLARYARHAM MOKHTAR DAHARI (LAGENDA BOLA SEPAK NEGARA)
Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana kecemerlanganya menjaringkan banyak gol dan kelicahannya sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985.
BIODATA BELIAU
Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana kecemerlanganya menjaringkan banyak gol dan kelicahannya sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985.
BIODATA BELIAU
Mokhtar Dahari dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (1966-1970).Beliau mewakili Selangor pada tahun 1971 pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, dan Kwong Yik Bank (sekarang Bank RHB).
MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971
PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972
MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972
KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985
KAPS: 167
GOL PIALA MALAYSIA: 177
GOL ANTARABANGSA: 125
JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978
PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran
ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976 Penglibatan Dalam Bola Sepak
Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 21 tahun lalu.
Walaupun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara adalah dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang lawan.
Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan gelaran SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.
Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R.Arumugam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.
Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.
Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.
Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.
Bahkan dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola yang paling diminati.
Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya mencuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya. Tahukah Anda
Bahagian trivia adalah tidak digalakkan di bawah garis panduan Wikipedia. Rencana ini boleh diperbaiki dengan menyatukan bahan relevan dan membuang bahan yang kurang sesuai.
MOKHTAR dihadiahkan sepasang but bola hanya berharga RM15 oleh ayahnya selepas menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1968 atau lebih tepat dipanggil LCE ketika itu. Dengan kasut itulah dia menempa nama sebaris dengan wira-wira negara sebelumnya seperti Datuk Abdul Ghani Minhat dan Arthur Koh.
Dan dia amat menghargai pemberian itu sambil berkata: “"Kasut but yang diberi oleh ayah saya hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam kerjaya bola sepak saya."[1]
Subscribe to:
Posts (Atom)